Batik celup atau juga dikenali sebagai batik ikat, merujuk kepada kaedah mencorak batik dengan cara mencelup kain kedalam pewarna sebanyak beberapa kali. Corak dan reka bentuk penerapan warna dirancang terlebih dahulu dan bahagian yang hendak dilindung dari pewarna akan dicorak dengan menggunakan lilit (yang biasanya dicampur damar) atau diikat ponjok. Lilin atau ikatan tersebut akan melindung warna sedia ada dari bertukar apabila dicelup kedalam warna berikutnya.
Pada kebiasaannya, batik celup akan dicelup dari warna cerah kepada warna semakin gelap. Ini bagi mengelak warna celupan dari bercampur atau comot. Proses mengikat atau melilin corak batik pada kain putih dan proses pewarnaan dengan merencam kain ke dalam pewarna akan diulang beberapa kali dengan corak yang berlainan untuk mendapatkan corak batik yang lengkap.
BATIK IKAT, CELUP
Ikatan pada baju hendaklah kuat dan kemas,bagi mengelakkan bahagian yang diikat diserap air.
Jenis ikatan
1. Jahitan
2. Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek
3. Lipatan dan ikatan
4. Simpulan
Bahan-bahan yang selalu digunakan untuk menghasilkan teknik ikat celup ialah:
1. Kain sebaiknya kain kapas yang telah dibersih dan dikeringkan
2. Tali (tali rafia), benang, gelang getah
3. Batu, guli, duit syiling, kayu, biji saga dan sebagainya
4. Warna, dye (jenis remazol, dylon, primazine)
5. Bekas untuk pewarnaan (baldi)
6. Sodium silikat (pemati warna)
7. Sarung tanganJenis ikatan

Pewarnaan semulajadi adalah warna yang dihasilkan dari bahan semulajadi seperti tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari daun, bunga, akar, kulit, buah dan sebagainya. Bahan pewarna semulajadi ini merupakan bahan alternatif di dalam proses pembatikan bagi menggantikan pewarnaan sintetik yang diperbuat dari bahan kimia. Sebelum bahan pewarnaan kimia wujud di pasaran, pewarnaan semulajadi memainkan peranan utama di dalam pewarnaan batik.
Air rebusan kulit manggis
Proses Natural Dye
Tahukah anda daun ketapang boleh dijadikan pewarna dalam proses pembatikan. Ia dinamakan pewarnaan semulajadi atau ‘Natural Dye’. Sebelum proses menghasilkan warna, peralatan yang diperlukan ialah seperti berikut :
• Periuk stainless steel
• Dapur gas
• Besin
• Penapis
• Bekas kedap udara untuk menyimpan warna yang telah diproses
• Kain penapis
• Corong
• Gayung
• Sarung tangan
• Gunting dan pisau
• Mesin pengisar bahan
• Senduk pengacau kunyit

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MENGHASILKAN ‘NATURAL DYE’
· Kulit rambutan
· Kulit manggis
· Daun manggis
· Kunyit
Salah satu ramuan proses Natural Dye
BAHAN PEMATI WARNA
Copper – bahan pemati warna yang telah dilarutkan di dalam air biasa
Bahan-bahan lain yang digunakan sebagai pemati warna ialah seperti
• Kapur makan
• Kapur simen
• tawas
Kapur akan dilarutkan di dalam air yang banyak terlebih dahulu setelah mendap barulah airnya digunakan sebagai bahan pemati warna .

PROSES MENGHANCURKAN DAN MERACIKKAN BAHAN
sebe
Bagi mendapatkan hasil yang lebih memuaskan kulit buah dan daun hendaklah dikisar menggunakan mesin pengisar supaya menjadi lebih lumat. Daun yang lebih lumat akan dapat menghasilkan warna yang lebih pekat berbanding bahan-bahan yang dihancurkan secara manual. Selain daripada warna yang kurang pekat jangkamasa merebus juga lebih lama jika dibandingkan dengan daun - daun yang telah dikisar halus.
Setelah daun-daun dihancurkan proses yang seterusnya ialah merebus. Jangkamasa yang diambil ketika merebus ialah di antara 6 – 8jam bergantung kepada beberapa perkara seperti:
• Kuantiti bahan
• Kuantiti air
• Saiz periuk
• Kekuatan api dapur
• Kuantiti bahan
• Kuantiti air
• Saiz periuk
• Kekuatan api dapur
Pemelarutan Bahan Pemati Warna
Bahan – bahan pemati warna mestilah dilarutkan di dalam air terlebih dahulu sebelum digunakan. Bagi mendapatkan larutan kapur nisbah campurannya ialah seperti berikut:
• 100 gm Kapur + 2000 ml air
Manakala bagi membuat larutan bahan kimia berakali pula ialah seperti berikut:
• 10 gm Iron + 1500 ml air
• 10 gm Copper + 1500 ml air
Kaedah mematikan warna boleh dilakukan secara sapuan dan juga secara rendaman. Bagi mendapatkan warna yang lebih pekat dan tua proses pencelupan warna dan proses mematikan warna perlu dilakukan secara berulang – ulang.

Sepanjang proses pembuatan batik :
No comments:
Post a Comment