Saturday, 1 December 2012

Perkenalan Batik dari Kampung Chemomoi

Batik Kampung Chemomoi merupakan suatu Projek Rakyat yang diusahakan oleh Desasiswa Restu dan  Desasiswa Tekun, Universiti Sains Malaysia di Kampung Chemomoi, Mukim Pelangai, Bentong, Pahang Darul Makmur.
Projek ini merupakan aktiviti lanjutan daripada Program Perdana Pembangunan Lestari: Siswa-siswi USM Bersama Masyarakat yang telah dijalankan pada 7  hingga 12 Disember 2009 dahulu. Projek Rakyat yang berlangsung pada 29 November hingga 2 Disember 2012 ini membawa bersama-sama beberapa kepakaran dari USM khususnya, dan dari Pulau Pinang  juga Ayamas Pahang, untuk diperkenalkan, diajar dan dipraktikkan oleh penduduk Kampung Chemomoi dan Kampung Bukit Gajah, Mukim Pelangai.
Khusus kepada penduduk Kampung Chemomoi, Projek Batik Ikat Celup menggunakan sumber alam semulajadi ini telah diajar untuk dipraktikkan sebagai suatu ilmu yang boleh menghasilkan sumber pendapatan utama atau tambahan kepada mereka. 

No comments:

Post a Comment